Friday 15 February 2013

Tips Melancong dan budget ke Pulau Langkawi

baru baru ini aku bersama keluarga mertua telah melancong di pulau langkawi. kali pertama ingin menjejakkan kaki ke pulau itu membuat kan aku sedikit jakun n excited,bukan nye selalu dapat peluang melancong walaupon dalam malaysia je,hihihi.so,di pendekkan cerita,percutian 5 hari tu banyak memberi pengalaman kepada aku yang membawak dak tecik(my baby).

sebelum bertolak pastikan anda mempunyai budget yang secukupnye,kalau budget semput tu better hold dulu tggu budget ok baru lah merancang untuk melancong.Mula2 pastikan bilik hotel dah di tempah,kalau musim perayaan atau cuti memang bilik ssh nak dapat n harga berlipat lipat lipat kali ganda. di sebabkan kami pon planning last minute,kami pon ade masalah tentang penginapan,kami mendapat homestay yang agak jauh dari pekan kuah iaitu padang lalang dengan harga 100/nite without aircond k!sedeyh mak! so,kami stay kat pulau langkawi selama 3malam 4 hari n bayaran nye adelah RM300. aku cadangkan korang stay kat hotel yang berhampiran bandar cthnye citin hotel,istana condo,amara motel,Ab motel,semua tempat ni harganya berpatutan:)

apa yang perlu di bawak ketika melancong?
pakaian- bawak pakaian yang mecukupi,jgn melebih2 atau berkurang.seeloknye pakai je jeans dengan t-shirt,pakaian jenis ni menjimatkan space beg anda.bukan ape,nnt xlarat nak menariknye,dahla kena berebut2 time nak masuk n keluar feri.
ubat ubatan- yang ni penting pada parents yg bawak anak kecil berjalan.pastikan segala ubatan di bawa bersama.contohnye cool fever,ubat demam,minyak yuyi,penadol n so on..
sampai je kat pulau langkawi tu korang boleh lah sewa kereta dari sane,harga sebuah kereta bergantung pada musim dan jenis kereta.sewa kereta kat sane harganya murah,korang boleh dapat harga rm60/ day untuk kereta picanto. hari tu kiteorang dapat kereta hyundai yang agak nazak dengan harga rm105/day..harganya agak mahal di sebabkan musim cuti.so rancanglah perjalanan korang dengan sebaiknye.

BUDGET:
 minyak kereta- rm150 (pergi dan balik) dari kelantan ke kuala kedah u olsss
homestay di kuala kedah- rm150/day (sementara menunggu naik feri hari besok)
tiket feri- rm 23/head/way (kuala kedah- pulau langkawi) amik mase sejam 30 min,nak muntah di buatnye
hotel di pulau langkawi- rm100/nite
kereta- rm105/day
makan minum- rm100(5hari 4 malam)
minyak kereta di pulau langkawi - rm80(sepanjang di pulau langkawi)
shopping - Rm 500 la kot,depends atas korang laaa....:)

tu je la tips n budget yang leh aku kongsikan dengan korang,semua ni sebagai persediaan je.pengalaman ni banyak mengajar kite untuk next planning yg lebih ok.

p/s: melancong ni seeloknye pergi dalam group yg kecil,kalau pergi ramai2 percutian ni mungkin akan menjadi stress:) nnt aku akan kongsikan apa yang menarik di pulau langkawi dalam next entries.chow:)